Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Entri kali ni tikah nak sentuh tentang "GEMUK" atau "OBESITI".pasti sekarang masing-masing terus pergi depan cermin tengok eh..gemuk tak aku ni.hehe.
Semakin hari masalah gemuk atau obesiti ini amat membimbangkan di Malaysia.Masalah tersebut memberi ancaman yang besar kepada masalah kesihatan rakyat Malaysia.yelah kan..kalau berat badan kita berlebihan macam-macam penyakit boleh datang.nak jalan pon rasa mengah,naik turun tangga lagi la kan.
Bukan golongan dewasa sahaja yang mengalami masalah obesiti ini kanak-kanak juga makin hari makin ramai yang mempunyai masalah berat badan berlebihan.
Jom tikah sharekan TIPS UNTUK KURUS

1) Mengelakkan makanan ringan (junk food).ini antara faktor yang menyumbang pada masalah obesiti di negara kita.Acap kali tikah tengok di sekolah tikah bila ada jamuan hari jadi atau kelas dan sebagainya anak-anak murid tikah bawa makanan ringan ni tidak kiralah jajan atau sebagainya. Ibu bapa sepatutnya memainkan peranan penting dalam memastikan makanan untuk anak-anak ye.
2) Makan makanan karbohidrat yang tinggi dengan kandungan serat @ fiber seperti roti
( wholemeal),oat dan sebagainya.
3) Pengambilan protein sihat seperti ikan,tauhu,tempe dan sebagainya.Kurangkan sumber "protein merah"seperti daging yang kaya dengan lemak tepu.Pelbagaikan juga sumber protein untuk badan kita seperti dari sumber kekacang.
4) Makan buah-buahan .Amalkan makan buah -buahan sebelum makan terutama jambu,limau,oren,epal ,betik dan sebagainya.Buah-buahan mempunyai pelbagai khasiat ,anti oksidan,mineral dan vitamin.
5) Pengambilan menu makanan yang betul ketika sarapan,tengahari dan juga malam.Pastikan mengandungi gizi yang seimbang lengkap dengan karbohidrat ,lemak,protein ,serat dan air.
6) Banyakkan minum air kosong atau mineral.Air kosong membantu membakar kalori yang berlebihan dalam badan kita.Amalkan minum 8 gelas air sehari.Elakkan minum minuman yang berkarbonat kerana kandungan gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi.
7)Amalkan pengambilan supplemen.Pengambilan supplemen seperti multivitamin , vitamin C, Omega 3 dan lain - lain penting untuk kesihatan yang baik.
Untuk mengetahui supplemen yang terbaik untuk kurus dan sihat KLIK SINI .
Bukan susah kan kita nak amalkan gaya hidup yang sihat.mudah dan senang.badan sihat , kulit cantik,otak cergas!!hehehe.
Jangan malu jangan segan adik-adik,kakak-kakak,abang-abang ..boleh hubungi tikah untuk sebarang pertanyaan.sama-sama kita menjaga kesihatan kita supaya hari-hari kita cergas dan aktif membuat kerja seharian.
Pm/Whatsapp/Call
0111-1309899
Nor Atikah Kamaruddin
ikaatikahkamaruddin@gmail.com
No comments:
Post a Comment