Friday, 12 December 2014

Madu Penuh Penawar

Assalamualaikum & salam ceria semua.




 Rasulullah bersabda yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a : "Sesiapa yang minum 3 sudu madu dalam 3 pagi sahaja dalam sebulan , dia tidak akan diserang penyakit berat'.

Madu bukan sahaja baik untuk luaran malah dalaman juga.Emak tikah memang galakkan anak-anak dia makan madu.tikah dulu minum madu jus tok guru.rupanya memang banyak khasiat madu yang kita tidak ketahui.

Apa Khasiat Madu

1)Melegakan sakit tekak dan batu

Secara umumnya ramai yang mengetahui madu diambil ketika batuk atau sakit tekak kerana madu ini sifatnya yang anti bakteria yang dapat mengurangkan kesakitan dan menghalang jangkitan bakteria.Haa..yang mana rasa sakit tekak atau batuk cepat-cepat ambi madu ya.

2)Merawat luka & cedera ringan

Dengan sifat anti bakteria didalamnya , madu boleh menghalang bakteria untuk terus merebak dan mempercepatkan proses penyembuhan luka.

3)Baik untuk sistem pencernaan badan kita

Masalah seperti kembung perut dan angin sering menggangu kita .Selain itu madu boleh mengelakkan masalah sembelit dan tidak lawas.

4)Kulit yang cantik

Vitamin dan mineral yang terkandung di dalam madu boleh mencantikkan,melembap dan menghaluskan kulit.Berita gembira ya untuk wanita-wanita di luar sana yang mementingkan kecantikan.hihi

Antara kegunaan lain

-Jika disapu pada rambut dan kulit kepala , madu boleh melebatkan rambut ,menghilangkan kelumumur dan sebagainya.

-Jika digunakan untuk menggosok gigi , ia boleh memutihkan dan mengilatkan gigi.


Alhamdulillah..tikah dah kongsikan serba sedikit apa yang tikah tahu dan melalui pembacaan tikah.apa lagi..cepat-cepat ke kedai membeli madu.simpan satu di rumah untuk di minum dan kegunaan yang lain.


Pm/Whatsapp/Call

0111-1309899

Nor Atikah Kamaruddin

No comments:

Post a Comment