Friday 22 January 2016

Krim ajaib dan pelbagai guna

#HerbaBlend

🌼Ingredients dlm Herbal Blend🌼

🍀Sage Leaf > merawat masalah & jangkitan kulit,gigitan serangga

🌿Horse Chestnut >merawat alergi pd kulit ekzema

🍂Yarrow > Menyembuhkan luka,selsema & demam

🌾Rosemary Leaf > Musuh bg serangga ,nyamuk,lalat,ulat & kumbang

Memang berbaloi kalau beli herbal blend..sangat2 multipurpose..harga pun tersangat lah murah..meh2 pm tikah..😁

Nor Atikah Kamaruddin
0111-1309899
Seremban/Senawang

Monday 18 January 2016

Vivix penyebab KURUS!

Testimoni  yang berjaya turun 20kg dalam masa 2 bulan dengan hanya pengambilan VIVIX sahaja! Awesome kan? 😍
.
Selain daripada badan yang semakin kurus, perasan tak? KULIT BELIAU JUGA SEMAKIN CERAH DAN BERSERI 😍
.
Ini lah kesan yang TERPAKSA anda terima selepas pengambilan VIVIX secara konsisten.
.
Vivix sangat berkesan untuk mereka yang berhajat nak
.
❤️ KURUSKAN BADAN
❤️ CANTIKKAN KULIT WAJAH
❤️ BADAN YANG SIHAT
.
Hubungi tikah untuk pesanan dan dapatkan DISKAUN 5% dengan YES PACK 💐

Kulit Cantik Tiada Lagi Jerawat Batu

MATI HIDUP SEMULA !!
AKIBAT TERGUNA SKINCARE BERBAHAYA + ALLERGY RESDUNG
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Dulu rasa mcm dah mati,xmau jumpa sesapa,sedih ,kecewa,malu ,Sgt2 lh down ...
Tapi sekarang dah jadi RATU SET KULIT CANTIK!!!

Alhamdulillah.. syukur

Tak sampai 6 bulan konsisten dengan SHAKLEE PRODUCT, akhirnyaaaa IMPROVEMENT terlalu banyak yang sy dapat😊

Dulu kemain JERAWAT NANAH, JERAWAT BATU, PARUT semua ada. Dek kerana tersalah memakai satu produk yang tinggi bahan kimia. SERAM nengok uiiiii😱😅. Tambahan pula ada resdung yang teruk.

Antara SET CANTIK yang boleh buat kulit masing2 LICIN, GEBU, ANJAL :

🌷 ESP
🌷 ALFALFA
🌷 GARLIC
🌷 VITAMIN C
🌷 VITAMIN E
🌷 B COMPLEX
🌷 SET NUTRIWHITE
🌷 VITALEA

So sesiapa yang ada masalah seperti ni boleh contact timah untuk GUIDELINE, CONSULTANT & CARA MAKAN yang betul..jangan segan2 ya😀😀

Nor Atikah Kamaruddin

Seremban/Senawang

0111-1309899

Sunday 17 January 2016

Tips untuk ibu menyusukan anak

Bagi wanita yang menyusukan anak, bila rasa lapar minumlah segelas susu segar dan beberapa biji kurma.

Ia akan mengurangkan rasa lapar, mengembalikan berat badan yang asal dan mengekalkan bekalan susu pada anak.

Ramai wanita yang gagal mengurangkan berat badan selepas melahirkan anak. Dan berat semakin bertambah bila hamil semula. Paling menyedihkan, baru anak kedua sudah ada diabetis, darah tinggi, asma semakin teruk dan pelbagai penyakit kronik.

Nak tahu supplemen untuk wanita menyusukan bayi??

Meh hubungi tikah...in sha Allah tikah akan memberi layanan dan menjawab segala pertanyaan..😄😄

Nor Atikah Kamaruddin
Seremban/Senawang
0111-1309899

Saturday 16 January 2016

Solat Tiang Agama

Peringatan besar buat para pekerja di dunia ini !!

Sekiranya telah masuk waktu solat, BERHENTI BUAT KERJA seketika !!
BERHENTI BUAT KERJA seketika !!
Fokuskan tumpuan anda untuk laksanakan Solat !!

“Tapi aku busy, aku kena siapkan kerja dulu ! kalau tak siap, macam mana nak dapat rezeki untuk sara family aku? Lagipun,banyak masa lagi.. nanti aku solatlah..”

Sampai hati anda mengeluarkan kata-kata sebegitu!!
Anda Lupakah?! Siapa yang beri REZEKI @ KEJAYAAN ??

“ ALLAH !! ”

Ya.. Sudah pasti !! Allah yang Maha Kaya itulah yang memberi rezeki kejayaan buat para pekerjaNya. Maka,solatlah..

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا لَا نَسْأَلُكَ رِزْقاً نَّحْنُ نَرْزُقُكَ وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَى

“Dan perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu,bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (20:132)

Semua pekerja akan berjaya.. Berjaya di dunia dan akhirat! Tapi dengan satu syarat!

“Bekerja mengikut apa yang Allah suruh & Tinggalkan apa yang Allah larang! Tanpa bantahan!” Solat merupakan salah satu daripada perintah Allah!

Mudahnya, “Siapa serius mendirikan Solat,dia akan kekal Berjaya!”

Allah sudah janji..

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

(yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam solat,
(23:1-2)

Anda faham bukan??
Maka..
JANGAN HARAP KEJAYAAN AKAN DATANG kepada kita
andai solat yang merupakan perkara asas dalam mentaati perintah Allah,
DITINGGALKAN..
atau DILEWAT-LEWATKAN..
atau DIPERMAIN-MAINKAN..
……………………………………………………………………………………………………………………….

“Tapi kenapa orang bukan Islam yang tidak solat itu boleh berjaya?”

Terima kasih atas soalan itu..
Jawapan saya mudah,

“Orang bukan Islam suka DUNIA tetapi tidak suka AKHIRAT..
lalu Allah bagilah mereka DUNIA.
Sebaliknya,Orang yang betul-betul Islam suka akan DUNIA & AKHIRAT..
lalu Allah bagilah mereka kedua-duanya.”

Orang yang tidak beriman dengan Allah dan akhirat,sanggup bekerja siang dan malam semata-mata untuk DUNIA.
Tidak kira susah atau mudah,semua kerja akan diusahakan agar dapat berseronok di dunia. Dengan izin Allah,mereka dapat kejayaan dunia itu. Bukankah rasulullah s.a.w sudah berpesan ;

“Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir.” (Riwayat Muslim)

Begitulah.. Orang bukan Islam akan fokus dengan Dunia.Lalu apabila sudah penat bekerja untuk dunia, Allah akan bagi mereka peluang untuk berehat di dalam Neraka buat Selama-lamanya!

Rehat sepuas-puasnya!

Adakah kita yang bergelar Muslim ingin menjadi seperti mereka??
Bekerja keras semata-mata untuk Dunia?? Tidak mahu solat? Lewat-lewatkan solat? Fikir-fikirkan..

Ingat.. Jangan sesekali kita minta dunia sahaja! Mintalah DUNIA untuk tujuan akhirat !!

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia”, dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat nanti. (2:2000)

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dpd siksa neraka.” (2:201)

Pelajar juga adalah pekerja.

Peringatan ini juga khusus untuk para pelajar kerana mereka turut termasuk dalam kelompok yang bekerja. Tidak kira pelajar PMR,SPM,STPM,MATRIKULASI,ASASI,DIPLOMA,IJAZAH,MASTER mahupun PhD, mereka semua adalah pekerja yang bekerja untuk menyelesaikan tugasan pendidikan.

Periksa diri masing-masing..
Adakah disebabkan sibuk belajar atau mengulangkaji pelajaran..

anda selalu tinggalkan solat ??
atau anda selalu lewat-lewatkan solat terutama solat subuh??

Dalam erti kata yang mudah,anda tidak serius menjaga solat??

Jika jawapan jujur kita adalah “YA”..
Bagaimana Allah hendak memberi kejayaan kepada kita??

Beringatlah.. kadang-kadang kita sibuk berusaha supaya berjaya,
Tapi kita langgar perintah Tuhan yang memberi Kejayaan.
Lalu Layakkah kejayaan itu muncul??

Mahu berjaya ketika bekerja? Maka seriuslah dalam Solatmu..

Wednesday 6 January 2016

Vivix ikhtiar penyakit kanser

#vivixikhtiarpenyakitkanser

Alhamdulillah..
Vivix bantu ikhtiar buat pesakit Kanser!

Alhamdulillah...
Kanser kelenjar tahap 3, hampir pulih sepenuhnya dengan ikhtiar Vivix.
Cuma pemantauan doktor 2 bulan sekali.

Begitulah perkongsian dari seorang rakan... suaminya menghidapi kanser kelenjar.. kini mampu berjoging.
kita berusaha, Allah tentukan segala

Share and Share
Moga menjadi inspirasi dan ikhtiar buat pesakit kanser diluar sana

Makbulkah doa kita?

Doa seseorang itu BOLEH sahaja dimaqbulkan oleh Allah swt dalam bentuk yang TIDAK disukainya, contohnya berdoa agar hati lebih tenang dan khusyu' solat, lalu Allah swt rugikan bisnesnya sehingga bankrup kerana tidak disedari bisnesnya itulah penghalang hati tenang dan khusyu', tanpanya (atau dengan bisnes lain yang lebih baik) apa yang dipohonnya boleh diperolehi.

Begitulah seterusnya, sebahagian musibah dan bala yang datang adalah untuk memaqbulkan doa kita sendiri.

Justeru sama-sama kita usaha bersabar dan tidak cepat putus asa, terlalu bersedih dengan apa yang hilang atau melenting membenci taqdir. Carilah positif darinya nescaya hidup lebih tenang. Itulah sifat Mukmin sejati sabdaan Nabi salla allahu 'alaihi wasallam:-
عَجَبًا لِأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ
Ertinya : Ajaib urusan orang mukmin itu, apa yang berlaku semua baginya kebaikan, tiada seorang kecuali mukmin yang apabila ditimpa kebaikan lalu bersyukur maka kebaikan baginya, apabila ditimpa keburukan maka bersabar, maka kebaikan baginya juga ( Hadis sohih Muslim)